Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, August 31, 2010

Sekali Lagi.....CUTI 31 OGOS 2010

Salam pertemuan kembali kepada yang sudi berkunjung diruangan saya...huh...cepat juga masa berlalu.....macam baru semalam 1 ogos 2010..tapiiii hakikatnya hari ni dah 1 september 2010...tup tup nanti kjap juga dah masuk bulan Oktober.....wahhhh.....sprinterrrr larrrr....semalam sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53..wah....rasanya ramai yang sambut dengan pelbagai cara kan..tapi saya biasalah...duduk ja kat umah...malas nak keluar p mana-mana..penat juga sebab 2 3 hari sebelumnya kerjaaaaa.....jadi pokok pangkalnya sya sambut KEMERDEKAAN (31 OGOS 2010) semalam dengan mengurangkan asap hasil dari ekzos keta terlepas ke ruang angkasa kita.....MERDEKA dari segi kebersihan..(ada juga tu bahhhh.....)...duduk jaklah di umah kan..tdo..(opssssss!bukan tdo mati...tapi tdo-tdo ayam....sambil tgk MOVIE...)...urmmm  rehattt la tu..sambil-sambil tu habis segala baju di cuci..sebab semalam PANAS tol la..bandar SWAN ni...
(urm...kononlah nak menyatakan kepanasan diluar la)
 Dan bila panas gitu....uhhhh...kalau memandang sesuatu yang kita boleh katakan flora dan fauna..waaaa...sejuk mata memandang...tenang ja jiwa bila leka dengan pemandangan flora dan fauna.....selain daripada udara yang "nyaman".......
(Nak la kesegaran begini.....)
(Dan begini juga.....sedap mata memandang)
antara salah satu daripada hobi ataupun kesukaan saya..mengambil gambar pemandangan dan duduk kat tepi pantai petang-petang..eiiii....likeeee..sunsett very much...sukaaa bila g pantai...tenang dan angin yang lembut-lembut menyapa wajah..bikin hati "gumbira"..hik3...
(yang macam ni lagiii la sya suka....suka sebab nampak tenang..rehat-rehat minda.....suka pantai..ni la pic KALA DANA MUKAH)
 Tapi malangnya..SWAN CITY ni mana la mo cari pantai nyaaaaa.....tapi tahun lepas ingat lagi...sambut MERDEKA di MUKAH....haaa..MUKAH baru ada pantai....tu pun bukan pergi tuk suka-suka...masa tu ngam-ngam pergi travelling sana....


Tapi lucu masa sambutan Hari Kemerdekaan tahun lepas....masa kat Mukah...masa tu geng lain ngan travlin C Zella , AJ and Abdul Halim..(telor 1 crack...kicap 1 botol....ha3...maggi dan pastinya aktiviti makan yg lebih....).......huhh...tak pat tdo..sbb ada org jadi mat rempit..bunyi motor dorg merempit.....nak tau bunyi apa ikut belakang dorang...bunyi SIREN kreta POLIS PERONDA...ha3....ntah brapa pusingan  ka dorng main kejar-kejar di area boulevard setia raja ya.....(yang namanya ku ngan kawan ku tek tetak bgoleng-goleng nangga karenah kejar mengejar dak ya...LUCU pun ada....GERAM pun ada....anak muda..anak mudaaa.....)..haaaaa.....karenah nyambut MERDEKA la tu.....macam-macam kan...mcmmana ke cara yang terbaik ho nak sambut MERDEKA tuk???????....cam sya biasa ja....atleast d kenderaan sya ada bendera MALAYSIA....urmmm tak meriah penuh semua sudut keta pun..satu bendera dah kira memadai....yang pentingkan...ada rasa cintakan negara kita...cintakan keamanan negara kita...kan..kan...kan...
JALUR GEMILANG
Inilah Bendera Malaysia atau lebih dikenali sebagai JALUR GEMILANG sekarang ni....


  Berkenaan Jalur Gemilang

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:

   1. Johor
   2. Kedah
   3. Kelantan
   4. Melaka
   5. Negeri Sembilan
   6. Pahang
   7. Pulau Pinang
   8. Perak
   9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu
.

Maksud "Jalur Gemilang"

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.

Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.


Wednesday, August 25, 2010

Afgan oh Afgan..

Best juga lagu ni...tengah korek-korek lagu lam youtube....minat pula dengar lagu ni...sweet word la juga..bukan nak kata jiwang tapi sedap didengar la lagu ni...
Pokok pangkalnya...kekadang lagu yang cukup soft macam ni dapat juga menenangkan fikiran..ha3..tengah buat kerja tu sambil dengar..dan tangan pulak menaip...so...tak la juga tertekan sgt@ gilak hoooo...enjoy la ngan lagu tok..ok...buat hiburan sikitlah....

Tika Dan WAktu KU.........

tiap yang dijalani dalam kehidupan seharian bukan yang mudah dan tidak mungkin akan kembali...hari ini adalah untuk hari ini....dan esok belum tentu..biarlah hari esok adalah untuk hari esok yang akan kita jalani...