Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, May 17, 2009

Seandainya......

..seandainya dapat difahami kehendak dan maksud yang ada pada kehidupan setiap orang pasti tiada berlakunya ketidakserasian dalam menjalani pergaulan dalam setiap diri individu....

..seandainya setiap insan itu mampu untuk menilai dan memahami segala rencah kehidupan dengan sebaiknya....tiada jua tercetusnya permasalahan yang merumitkan jalan kehidupan yang dijalani olehsetiap insan....

..seandainya kita sebagai insan itu cukup bersyukur dengan apa yang ada dan bukan individu yang mementingkan kehendak diri sendiri semata-mata...tidak mungkin wujudnya persengketa kita sesama insan yang bernama M.A.N.U.S.I.A........

..seandainya kita sentiasa juga berfikir secara positifnya bahawa kita tidak semestinya menjadi seorang yang betul dalam semua keadaan dan dapat menerima hakikat bahawa kehidupan kita seperti roda yang kekadang berada di atas dan kekadang berada dibawah..pastinya kita dapat menerima kekurangan dan kelebihan pada diri kita sepertimana orang lain juga ada kelebihan dan kekurangan pada dirinya....

..seandainya benar KEIKHLASAN yang kita maksudkan untuk menerima orang disamping kita, biarlah itu keikhlasan yang benar-benar ikhlas tanpa mengharapkan secebis pembalasan pun daripada orang itu.....

..seandainya anda ingin menjadi seorang yang mampu untuk difahami oleh orang lain...terimalah hakikat yang anda perlu menerima dan memahami orang itu seadanya seperti dirinya yang dikenali oleh anda seawal perkenalan anda......

..namun SEANDAINYA anda merasakan anda adalah yang terbaik daripada semua orang yang pernah anda temui.......lupakanlah hasrat anda untuk menobatkan diri anda sebagai yang terbaik dan yang sempurna sepenuhnya....kerna anda sebenarnya tidak pernah mengakui bahawa anda mempunyai kekurangan sepertimana juga orang yang pernah anda kenali dalam hidup anda.....

No comments:

Tika Dan WAktu KU.........

tiap yang dijalani dalam kehidupan seharian bukan yang mudah dan tidak mungkin akan kembali...hari ini adalah untuk hari ini....dan esok belum tentu..biarlah hari esok adalah untuk hari esok yang akan kita jalani...